Tak akanlah saya kena buka baju di TikTok pula - Akmal Ahmad tolak publisiti murahan - Utusan Malaysia

Tak akanlah saya kena buka baju di TikTok pula – Akmal Ahmad tolak publisiti murahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Akmal Ahmad, tidak akan sesekali mencipta publisiti murahan semata-mata untuk menjadi terkenal.

Malah, kata pelakon yang pernah membintangi filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang dan Pulang ini, perkara tersebut bertentangan dengan prinsipnya selaku anak seni.

“Saya masih boleh terima publisiti yang tercetus secara semula jadi. Tapi kalau yang direka semata-mata untuk popular, tidaklah. Tak akanlah saya kena buka baju di TikTok pula.

“Adalah lebih baik tidak dikenali berbanding orang kenal kita sebab cerita-cerita panas dan palsu yang kita sengaja reka.

“Harus diingat, masyarakat tidak lupa sebab apa nama kita popular. Saya tak mahu orang kenal saya dengan cerita-cerita negatif,” katanya. 

Dalam masa yang sama, Akmal akur dan berlapang dada apabila namanya belum cukup dikenali masyarakat.

Katanya, dia yakin dan menyerahkan perjalanan seninya sepenuhnya kepada ketentuan Allah S.W.T.

“Ada pelakon nama mereka ‘naik’ sebab watak atau drama dan filem yang mereka lakonkan. Setakat ini saya bersyukur dengan rezeki yang saya terima dalam bidang ini.

“Tapi untuk ditawarkan skrip yang betul-betul memberi impak kepada nama dan kerjaya saya, belum lagi. Rezeki itu belum tiba,” kongsinya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN