Tabuh berbunyi sendiri, ada ‘benda’ ajak Noraniza Idris main - Utusan Malaysia

Tabuh berbunyi sendiri, ada ‘benda’ ajak Noraniza Idris main

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris, mendedahkan pernah mengalami peristiwa misteri selepas pulang daripada latihan lagu Ngajat Tampi untuk sebuah pertandingan nyanyian beberapa tahun lalu.

Bercerita lanjut, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani memang minat mengumpul barangan etnik dan kebudayaan di rumah.

“Sebulan hingga sebulan setengah sebelum pertandingan, saya mula buat persiapan, pergi Sarawak untuk beli barang.

“Saya pula pencinta barang antik termasuklah gamelan dan gendang. Kadang saya beli borong dan simpan barang di rumah,” ceritanya menerusi sebuah temu ramah podcast Sembang Seram yang tular.

Bagaimanapun, penyanyi itu tidak menyangka barang yang dibelinya mempunyai pendamping yang mengajaknya ‘bermain’ pada malam hari.

“Satu hari selepas buat latihan bersama penari, saya pulang dan cuba untuk ingat semula pergerakan. Saya pun nyanyian semula rentak lagu itu ‘tap tap tap’.

“Tiba-tiba ada bunyi sahut ‘tap tap tap’. Mula-mula ingat salah dengar atau khayalan. Saya buat sekali lagi bunyi itu, dan ada yang bunyi juga  datang daripada gendang kecil tabuh.

“Saya simpan tabuh di tangga, bila berbunyi saya rasa ada tak kena seolah benda itu bermain dengan kita. Saya tutup lampu dan terus naik ke atas rumah,” ceritanya.

Keesokan harinya, Kak Ani cuba mengulang kejadian malam tadi, namun tabuh berkenaan kembali normal.

“Esok siang saya cuba lagi ‘tap tap tap’ tapi tak kuat. Tak sama dengan bunyi semalam yang saya dengar sangat dekat,” ceritanya.

Untuk rekod, Noraniza Idris menyanyikan lagu Ngajat Tampi semasa Anugerah Juara Lagi pada 2000. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya