KOTA BHARU: Seorang lelaki menjadi individu kedua yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes simbah asid sehingga mendatangkan kecederaan parah kepada pemilik spa dan salon di Beris Kubur Besar, di sini, Sabtu lalu.
Lelaki yang merupakan rakan kepada seorang wanita yang bekerja di kilang getah itu ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Perintah reman yang bermula hari ini terhadap lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.
Tahanan reman itu bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 10.30 pagi dengan menaiki kereta polis. – UTUSAN