Sultan Perak ziarah pusara Tun Abdullah Ahmad Badawi

Sultan Perak ziarah pusara Tun Abdullah Ahmad Badawi

SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim hari ini berkenan menziarahi pusara Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara meluangkan masa kira-kira 30 minit di makam berkenaan dengan menyertai bacaan tahlil yang diketuai Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni sebelum menabur bunga serta menyiram air mawar ke pusara Allahyarham.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini serta anak-anak Allahyarham, Tan Sri Kamaluddin dan Nori.

Selesai menziarahi, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut menziarahi makam bekas pemimpin negara lain yang disemadikan di lokasi sama termasuk Tun Hussein Onn, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Abdul Ghafar Baba dan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

Tun Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam, 4 April lalu pada usia 85 tahun.

Allahyarham yang dikenali sebagai “Pak Lah” diingati sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan berintegriti tinggi. Beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009 dan meninggalkan legasi pembangunan termasuk NCER, J-QAF serta industri halal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya