Sufian Suhaimi kahwin hari ini? - Utusan Malaysia

Sufian Suhaimi kahwin hari ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Sufian Suhaimi dikhabarkan bakal berkahwin dengan pilihan hatinya, Rania Al Sadat hari ini dalam sebuah majlis tertutup.

Biarpun tidak mendedahkan sebarang perincian mengenai khabar gembira itu, spekulasi tersebut mula tercetus apabila Rania memuat naik foto majlis bersiram di Instagram, semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi lagu Terasa Ada itu sempat meninggalkan komen berbaur usikan buat cinta hatinya yang manis mengenakan baju batik berwarna merah jambu itu.

“Wanita Melayu terakhir ke ini?” usiknya.

Tidak berselindung, Rania turut membalasnya dengan menyatakan bahawa dia merupakan wanita terakhir buat penyanyi itu sekali gus menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka akan berkahwin.

“Terakhir untuk awak,” balasnya ringkas.

Turut mencuri perhatian, isteri kepada penyanyi, Aiman Tino, Syarah Haifa turut meluahkan rasa teruja untuk melihat pasangan itu diijabkabulkan.

“Nak kahwin dah dia,” katanya.

Sebelum ini, Sufian memaklumkan dirinya sudah bersedia untuk berkahwin dengan Rania selepas mengesahkan bahawa kasih mereka kembali bertaut sejak beberapa bulan lalu.

Terdahulu, Sufian dan Rania pernah putus tunang selepas penyanyi itu memberitahu cincin risiknya sudah dipulangkan oleh wanita itu, pada April tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya