Suami isteri maut motosikal dirempuh kereta

Suami isteri maut motosikal dirempuh kereta

JENAZAH pasangan suami isteri yang maut di Kilometer 64, Jalan Ipoh-Taiping, Padang Rengas selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Kuala Kangsar di sini hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Sepasang suami isteri warga emas maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 64, Jalan Ipoh-Taiping di sini hari ini.

Nahas tersebut mengorbankan pesara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berusia 68 tahun dan isterinya berusia 65 tahun di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, maklumat kemalangan membabitkan dua kenderaan itu diterima pada pukul 10.30 pagi.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, motosikal ditunggang mangsa dalam perjalanan dari arah Taiping menuju Kuala Kangsar sebelum kereta dari arah bertentangan hilang kawalan lalu memasuki laluan penunggang motosikal.

“Akibat rempuhan tersebut, pasangan suami isteri itu cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang kereta tidak cedera.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nadiah Radenan di talian 017-5491475 atau 05-7762222.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya