SPRM panggil agensi penguatkuasa berhubung isu seludup bahan berbahaya di KLIA

SPRM panggil agensi penguatkuasa berhubung isu seludup bahan berbahaya di KLIA

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinkan memanggil beberapa individu dari agensi penguatkuasaan yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam urusan keselamatan penumpang dan barangan yang dibawa masuk melalui pintu lapangan terbang di seluruh Malaysia.

Tindakan itu diambil selepas SPRM melakukan siasatan berhubung isu penyeludupan barangan berbahaya menerusi kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Satu sumber mendedahkan, SPRM kini dalam tindakan mengenalpasti individu dan juga pihak yang bertanggungjawab tidak mengisytiharkan barangan yang dibawa di bawah kategori Dangerous Good (DG).

Kata sumber itu, siasatan awal mendapati, penyeludupan itu tidak melibatkan barangan yang dibawa masuk dari luar negara.

“Sebaliknya, siasatan yang dijalankan SPRM adalah melibatkan barangan dalam kategori berbahaya dan dibawa masuk ke dalam pesawat penumpang melalui pintu masuk laluan kargo.

“Ia melibatkan barangan yang diklasifikasikan sebagai “Dangerous Goods” dan tidak menepati standard piawaian yang telah ditetapkan oleh International Air Transport Association (IATA),” kata sumber itu.

Sumber berkata, seramai lapan individu terdiri daripada saksi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung telah dipanggil SPRM bagi melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan.

“Buat masa kini, SPRM dikatakan sedang meneliti setiap prosedur yang digunapakai dalam mentadbir urus keluar masuk barangan ke dalam pesawat.

“Pasukan siasatan tidak menolak kemungkinan akan memanggil lebih ramai saksi sekiranya diperlukan berdasarkan keperluan semasa siasatan,” jelasnya

Kelmarin, SPRM mendedahkan telah menerima satu maklumat berkaitan isu penyeludupan barangan berbahaya termasuk bahan kimia menerusi kargo di KLIA yang dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Kegiatan penyeludupan barangan berkenaan yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) meletakkan kawasan KLIA terdedah kepada isu ancaman keselamatan terutama kejadian dua kebakaran yang berlaku pada tahun lalu.

Susulan itu, SPRM kini sedang menyiasat syarikat serta pihak terlibat selain akan mengenal pasti isu kelemahan tatakelola yang menyebabkan barangan berbahaya berkenaan mudah diseludup masuk.

Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Idris Zaharudin ketika dihubungi mengesahkan mengenai siasatan kes berkenaan dan disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN