SPRM ada '25 jam' sehari untuk siasat pegawai KDN - Saifuddin

SPRM ada ’25 jam’ sehari untuk siasat pegawai KDN – Saifuddin

SAIFUDDIN Nasution Ismail beramah mesra ketika hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan KDN) di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan salah laku tiga pegawainya.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, SPRM mempunyai ’25 jam’ sehari untuk masuk menyiasat salah laku pegawai KDN itu.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan memberi sebarang komen melainkan membenarkan SPRM menjalankan siasatan terhadap mereka yang terbabit.

“Saya di peringkat Menteri Dalam Negeri, sama ada pegawai di pejabat KDN atau agensi, SPRM ada ’25 jam’ sehari untuk masuk dan siasat.

“Lakukan tugas sesuai dengan tanggungjawab mereka (SPRM),” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai penahanan tiga individu termasuk dua daripadanya dipercayai pegawai KDN. berkaitan kes rasuah mempercepatkan permohonan taraf warganegara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN