'Soalan itu bukan untuk menghina sesiapa’ - Utusan Malaysia

‘Soalan itu bukan untuk menghina sesiapa’

JANNA Nick memberitahu dia sudah memohon maaf daripada Ustaz Wadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setelah dihentam teruk oleh netizen, pelakon dan pengacara, Janna Nick akhirnya membuka mulut mengenai tindakannya menggunakan perkataan ‘perempuan gila’ ketika mengendalikan sebuah sesi audio siar tempoh hari.

Menurut Janna, soalan yang diajukan buat aktor, Fattah Amin sebelum ini ditujukan secara umum, bahkan dirinya tiada niat untuk menghina mana-mana pihak.

“Soalan yang ditanyakan itu bagi situasi umum seorang lelaki. Soalan itu bukan untuk menghina sesiapa.

“Saya tanya sebab saya betul-betul ikhlas ingin tahu pemikiran seorang lelaki sebab saya rasa ada sesetengah lelaki ataupun sesetengah ayah yang macam lepas tangan bila dah berpisah.

“Jadi, saya nak tahu mereka rasa macam bebas ke bila sudah bercerai? Bebas daripada tanggungjawab ke? Sebab itu, saya pakai perkataan ‘perempuan gila’ sebab saya nak tahu perspektif lelaki yang rimas dengan bekas isteri,” katanya.

Janna terbuka mengulas isu tersebut menerusi sebuah hantaran video di TikTok.

Dalam hantaran sama, bekas pengacara Melodi itu turut menjelaskan bahawa dirinya juga datang dari keluarga yang berpecah belah malah memahami isi hati seorang isteri yang ditinggalkan.

“Untuk yang tidak faham dan cakap saya hina perempuan, saya hina orang yang dah bercerai, anda silap. Saya datang dari keluarga yang berpecah belah.

“Emak saya pun wanita yang diceraikan. Jadi, saya sangat faham perasaan perempuan yang ditinggalkan. Jadi, tak mungkin saya nak hina seorang wanita and seorang ibu.

“Kalau nak serang orang pun janganlah sampai membabi buta. Awak semua kata, saya kata Fazura perempuan gila. Sedangkan yang gila tu saya! Sah-sahlah saya yang gila, saya gila yang diperakui,” jelasnya.

Janna bagaimanapun mengakui khilaf keterlanjuran katanya dan sempat memohon maaf kepada pihak yang kurang senang dengan caranya mengendalikan sesi audio siar berkenaan.

Pada minggu lalu, Janna menerima kecaman teruk kerana menggunakan perkataan ‘perempuan gila’ ketika mengajukan soalan mengenai perasaan seorang duda selepas bercerai kepada Fattah Amin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN