SMK Lambor Kiri dilanda banjir termenung

SMK Lambor Kiri dilanda banjir termenung

KAWASAN SMK Lambor Kiri dekat Parit yang dilanda banjir ketika tinjauan semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lambor Kiri dekat sini yang sebelum ini dilanda banjir akibat limpahan air dari parit untuk pengairan sawah ke Seberang Perak, sekali lagi dilanda masalah yang sama.

Penduduk berdekatan sekolah mendakwa keadaan itu mula berlaku pada Sabtu lalu dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati banjir naik di sekitar kawasan sekolah terutama di kawasan padang.

Difahamkan beberapa bilik darjah turut dinaiki air dan acara sukan yang sepatutnya dilangsungkan di padang sekolah itu terpaksa dipindahkan ke kawasan lain

Seorang penduduk,  Norhasliza  Che Me, 43, berkata, banjir berpunca daripada limpahan air dari parit berdekatan sekolah untuk kegunaan sawah padi di Seberang Perak.

“Air melimpahi parit mungkin disebabkan ketika ini masa melepaskan air dari kawasan sawah di Seberang Perak,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mariam Ishauddin, 43, berkata, air yang yang  bertakung di padang menyebabkan bau busuk dan dibimbangi boleh menyebabkan penyakit kulit.

“Air yang bertakung di padang sekolah biasa lazimnya mengambil masa yang lama untuk surut sehingga menyebabkan banyak aktiviti tidak dapat dilakukan oleh pihak sekolah dan penduduk setempat seperti sukan akan diadakan beberapa hari lagi.

“Saya berharap pihak yang berkenaan menyelesaikan masalah ini kerana banjir pernah berlaku di sekolah ini sebelum ini,” katanya.

Oktober lalu, sekolah tersebut dilanda banjir termenung yang berpunca daripada sistem perparitan dalaman sekolah yang tidak sempurna dan tidak diselenggara dengan baik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya