Sukan merupakan satu aktiviti fizikal yang bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi pelbagai manfaat kepada pelajar. Ini yang ditunjukkan oleh SMK Batu Melintang , Jeli yang sangat aktif dalam sukan bola baling dalam Majlis Sukan Sekolah Kelantan (MSSK) 2025.
Dalam dunia pendidikan hari ini, pelajar bukan sahaja dituntut untuk cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga perlu sihat dan seimbang dari segi jasmani dan emosi.
Tidak hairanah bagi seorang pelajar sekolah berkenaan, Muhammad Akif Najwan Mohd Saufi, pelajar Tingkatan 5 daripada sekolah berkenaan yang sangat aktif dalam sukan bola baling dalam Majlis Sukan Sekolah Kelantan (MSSK) 2025.
Latihan berterusan sama setiap hujung minggu sudah menjadi rutin.Amin Daud seorang jurulatih berpengalaman yang memetik kata perangsang dari Michael Phelps bahawa :
“Kamu tidak akan tahu batas kemampuanmu sehingga kamu benar mencubanya. ’’
Atas dorongan itu, dia begitu serius dalam sukan bola baling sehingga berjaya mewakili PPD Jeli ke peringkat negeri dua tahun berturut-turut. – UTUSAN