Siti Jamumall diceraikan dalam 'live'

Siti Jamumall diceraikan dalam ‘live’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Baru sahaja rujuk dua minggu lalu, personaliti media sosial dan usahawan kosmetik, Siti Jamumall diceraikan talak dua ketika bersiaran langsung pada tengah malam semalam.

Menerusi siaran langsung di akaun tiktok milik Siti, pasangan itu sedang bertengkar dan ditonton hampir 25,000 penonton.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang kewarasan suaminya selepas menceritakan perkara yang kurang menyenangkan, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26, mempersoalkan adakah perkara itu disebabkan pengambilan barang terlarang.

“Otak kau okay ke tidak, atau sebab dadah kau jadi macam ini?” soal Siti.

Berang dengan tuduhan itu, suaminya, Khairul Aiman Abdul Kuddus atau lebih dikenali sebagai Aiman Tak Kisah serta merta melafazkan talak itu sebanyak tiga kali.

“Oh sebab dadah pula? Baik. Aku ceraikan Siti Suriani binti Wahiddin dengan talak dua.

“Jumpa di mahkamah,” lafaz Aiman.

Terkejut dengan tindakan suaminya itu, Siti menggigil dan menangis.

Dia kemudian ditenangkan oleh dua lelaki yang dipercayai keluarganya dan siaran langsung tersebut ditamatkan.

Baru-baru ini warganet dikejutkan dengan berita penceraian pasangan tersebut, namun Siti menjelaskan mereka sudah kembali rujuk dalam tempoh kurang 24 jam.

Terdahulu, pasangan ini berkahwin di Satun, Thailand pada 1 Jun tahun lalu dan kini Siti sedang hamil lima bulan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN