Sindiket edar rokok tidak bercukai tumpas, tiga ditahan

Sindiket edar rokok tidak bercukai tumpas, tiga ditahan

HASIL serbuan di dua lokasi sekitar Bandar Teknologi Kajang telah berjaya membawa kepada tangkapan tiga individu terdiri dua warga asing dan seorang rakyat tempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu sindiket pengedaran rokok tidak bercukai berjaya ditumpaskan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah dalam Operasi Taring Alpha 1 di Bandar Teknologi Kajang, dekat sini semalam.

Serbuan berkenaan dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Cawangan Risik Batalion 4 PGA Semenyih yang turut menahan tiga individu.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) berkata, serbuan itu juga turut dibantu Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

“Hasil serbuan di dua lokasi sekitar Bandar Teknologi Kajang telah berjaya membawa kepada tangkapan tiga individu terdiri dua warga asing dan seorang rakyat tempatan.

“Turut dirampas 1,091 peket rokok pelbagai jenama, sebuah kereta Proton Saga, lima telefon bimbit serta beberapa peralatan lain,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM101,622.10.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN