Sidang khas kecoh, Shahidan bertikam lidah dengan Mohd. Sany

Sidang khas kecoh, Shahidan bertikam lidah dengan Mohd. Sany

SIDANG Khas Parlimen bagi membincangkan tarif timbal balik Amerika Syarikat bertukar kecoh selepas berlaku pertembungan antara pemimpin blok kerajaan dan pembangkang. JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sidang Khas Parlimen bagi membincangkan tarif timbal balik Amerika Syarikat hari ini bertukar kecoh selepas berlaku pertembungan antara pemimpin blok kerajaan dan pembangkang.

Persidangan menjadi panas apabila Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) menggelar Mohd. Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) ‘terlepas kandang’ apabila beliau kerap kali mencelah ketika pemimpin pembangkang membahaskan penerangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Memang ramai orang nak bersatu padu tetapi ada orang yang tak suka bersatu padu kerana dia akan hilang kedudukan, jadi ada orang yang kita cuba bercakap baik pun, dia cuba menggila-gila kacau kita.

“Tidak boleh buat macam itu, saya tidak benarkan Hulu Langat (mencelah). Saya anggap itu sebagai perbuatan terlepas kandang,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Tindakan Shahidan itu kemudian menyebabkan Mohd Sany membangkitkan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan rakyat 36(6) iaitu seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas ahli lain.

Mohd. Sany turut menggelar pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu sebagai orang tua yang kurang ajar.

“Dia sebut kandang, dia tuju Hulu Langat. Kandang ni untuk binatang, untuk babi sebab itu di Ayer Kuning, tidak ada isu terpaksa minta tolong dengan babi, babi pun tidak mahu tolong dah PN ni.

“Orang cari pengundi, bukan babi (dan) tahi. Jadi ahli Parlimen lama, tua bangka tetapi akhlak, adab tidak ada. Samakan orang dengan binatang,” katanya.

Pertikaman lidah antara dua pemimpin itu lalu dihentikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya