PETALING JAYA: Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli akhirnya mengemukakan borang pencalonan Timbalan Presiden PKR setelah beberapa melakukan cubaan membayar yuran pendaftaran kerana kad kredit sudah sampai tahap maximum.
Katanya, akaun bank sudah mencapai tahap maximum penggunaan.
“Setelah 2 kad kredit kena reject (ditolak), 1 kad debit reject, bank akaun exceed limit (lebih had), akhirnya berjaya bayar yuran pencalonan
“Saya baru sahaja selesai mendaftar sebagai calon Timbalan Presiden bagi pemilihan ini,” katanya dalam akaun X beliau hari ini.
Rafizi mengemukakan pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR sekaligus memberi tentangan sengit kepada Nurul Izzah Anwar bagi sesi pemilihan kali ini.
Rafizi yang menyandang jawatan itu sejak 2022 sedia berhadapan Nurul Izzah yang kini mendapat sokongan ramai pimpinan tertinggi dan peringkat cabang bagi mempertahankan jawatan nombor dua parti itu.
Terdahulu, Nurul Izzah juga mengemukakan borang pencalonan Timbalan Presiden PKR.
Sebelum ini, jawatan itu dimenangi oleh Rafizi setelah menewaskan bekas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Beberapa hari lalu, Menteri Ekonomi itu mengalu-alukan calon lain untuk turut bertanding jawatan itu dalam pemilihan kali ini demi memperkuatkan parti.
Menurut Rafizi, sekiranya jawatan pemimpin nombor dua dalam PKR dapat dikekalkan, maka peranan beliau dalam parti dan kerajaan dapat diteruskan. – UTUSAN