Serbu rumah transit PATI, dua tekong darat ditahan

Serbu rumah transit PATI, dua tekong darat ditahan

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan oleh Batalion 8 PGA semasa serbuan di Ketereh, Kota Bharu, Kelantan semalam-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai tekong darat ditahan bersama 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan di sebuah rumah transit di Ketereh semalam.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 31 dan 57 ditahan bersama PATI menerusi Op Taring Wawasan Kelantan pada pukul 11.30 pagi.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semasa serbuan dilakukan kedua-dua tekong darat itu sedang berada di dalam kereta yang terletak di hadapan rumah. 

“Hasil pemeriksaan di rumah tersebut kita telah menjumpai 24 warganegara Myanmar termasuk lima wanita dan 11 lelaki Bangladesh.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua lelaki Bangladesh dan seorang Myanmar tidak mempunyai cop masuk ke Malaysia secara sah pada pasport. Selebihnya, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kesemua PATI itu disyaki masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

Katanya, kesemua PATI ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong mengikut Seksyen 26 (J) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom 2007).

“Saringan air kencing mendapati, salah seorang tekong turut positif dadah jenis methamphetamine,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN