Sepatutnya mengaku saja, semua boleh selesai hari ini - Along Cham - Utusan Malaysia

Sepatutnya mengaku saja, semua boleh selesai hari ini – Along Cham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelawak, Along Cham, kesal apabila hasratnya untuk bercerai hari ini ditangguhkan lagi apabila isterinya, Afreena Suhaimi, enggan mengaku pernah berlaku lafaz rujuk dalam perkahwinan.

Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, menyifatkan tindakan Afreena sebagai manipulasi sekali gus membuatkan kes dibicarakan lebih lama.

“Sebelum ini, dia pernah beritahu media mahu percepatkan kes, tetapi apa yang hari dia pula tak mengaku pernah rujuk. Akhirnya, kes jadi makin panjang.

“Dia tahu apa yang dia buat. Sepatutnya mengakulah saja, jadi semuanya boleh selesai hari ini.

“Disebabkan dia tak mengaku ada rujuk, kes terpaksa dibicarakan lagi. Itu yang membuatkan saya rasa sangat kesal.

“Kalau boleh, saya memang nak selesaikan hari ini juga. Bila perkara ini berlarutan, terlalu banyak spekulasi dan kecaman netizen yang saya perlu hadap,”’katanya.

Along ditemui Utusan Malaysia di Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi tuntutan pengesahan lafaz cerai taklik pada Khamis.

Tegas Along, sepanjang perkahwinan, telah berlalu lafaz rujuk pada Jun tahun.

“Saya pernah rujuk semula pada Jun tahun lalu. Tapi selepas rujuk, dia buat penipuan lagi. Mana tak naik darah saya?

“Sebab itulah lafaz taklik berlaku, dan lafaz itu pun dia tak mahu mengaku sampai sekarang.

“Disebabkan banyak perkara dia tak mahu mengaku, perbicaraan pun jadi makin panjang,” katanya.

Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi mengarahkan sebutan semula kes lafaz rujuk dalam perlahwinan berlangsung pada 1 dan 3 Julai ini.

Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu yang juga perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan bekas isteri pertama, Zila Saeron pada September 2016.

Hasil perkongsian hidup daripada perkahwinan itu, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah penjagaannya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN