Seorang guru kerugian RM181, 000 ditipu penyamar wakil syarikat insurans, anggota polis

Seorang guru kerugian RM181, 000 ditipu penyamar wakil syarikat insurans, anggota polis

MOHAMMAD SHOFEE TAYIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang guru kerugian RM181,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau ‘phone scam’ yang menyamar sebagai wakil syarikat insurans dan anggota polis.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, wanita berusia 44 tahun itu telah menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa mewakili sebuah syarikat insurans pada 6 Januari lalu.

“Suspek memaklumkan nama mangsa telah digunakan dalam satu tuntutan palsu di sebuah hospital swasta di Ampang.

“Selepas itu, mangsa dihubungi oleh seorang lagi suspek yang menyamar sebagai anggota polis dan mendakwa terdapat 17 kes jenayah dikaitkan dengan mangsa, termasuk penglibatan dalam sindiket pengubahan wang haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, mangsa yang panik kemudiannya diarahkan membuat beberapa pembayaran kononnya bagi menyelesaikan kes berkenaan.

“Akibat terpedaya, mangsa telah membuat tujuh transaksi ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek dengan jumlah keseluruhan RM181,000.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas menyemak semula maklumat yang diterima dan segera membuat laporan polis pada hari Jumaat (semalam),” ujarnya.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya