‘Senyum pada yang baik, jeling pada yang jahat’ - Utusan Malaysia

‘Senyum pada yang baik, jeling pada yang jahat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terus menjadi inspirasi, pelakon jelita, Nur Fazura tampil berkongsi tips untuk menjalani kehidupan dengan tenang meskipun berdepan dengan masalah.

Menurut Fazura, kehidupan tetap perlu diteruskan malah, tidak perlu menghiraukan individu yang membawa negativiti dalam kehidupan sehariannya.

“Pasang penghawa dingin, pakai make up (alat solek), libas tudung, jalan terus. Senyum pada yang baik, jeling pada yang jahat. Semoga hari anda indah selalu!” katanya ringkas.

Fazura berkata demikian selepas terpanggil untuk menjawab persoalan seorang pengguna media sosial yang meluahkan rasa kagumnya terhadap aktres filem Pisau Cukur itu yang sentiasa positif dan tenang.

“Macam mana Fazura hadap semua ini? Nampak sangat tenang dan matang! Kagum dengan cara dia kendalikan masalahnya. Sangat positif!” tulis individu itu di aplikasi Threads.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen turut memuji keperibadian Fazura yang tidak mudah melatah serta bijak dalam mengawal emosinya supaya sentiasa positif.

“Apa pun Fazura tetap menang. Aura positif. Datang taufan pun boleh kawal,” komen seorang netizen.

“Suka sangat dengan kenyataan Fazura. Betul, senyum pada yang baik, jeling pada yang jahat. Saya akan cuba,” kata seorang peminatnya.

Sejak kebelakangan ini, aktres jelita itu kerap meninggalkan respons di ruangan perkongsian peminatnya di Threads sekali gus membuatkan ramai yang mengagumi sikapnya yang peramah itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN