Semarak Kasih Syawal meriahkan SK Pendok, Jeli Kelantan

Semarak Kasih Syawal meriahkan SK Pendok, Jeli Kelantan

SUDUT swafoto turut disediakan untuk guru dan murid mencipta kenangan indah sambutan Syawal di sekolah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Suasana Dewan Bitara Sekolah Kebangsaan (SK) Pendok, Jeli Kelantan baru-baru ini bergema dengan tawa ceria dan wajah-wajah berseri sempena Sambutan Semarak Kasih Syawal peringkat sekolah tahun 2025, yang diadakan dengan penuh semangat dan kemeriahan.

Majlis yang berlangsung dari pukul 7.40 pagi hingga pukul 1.10 petang hari itu dianjurkan oleh Unit Kokurikulum melalui Jawatankuasa Perayaan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pendok.

Program tahunan ini merupakan salah satu inisiatif penting sekolah dalam menyemai nilai-nilai murni serta menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah.

Menurut Guru Besar SK Pendok, Wan Senah Abdullah, program ini bukan sekadar menyambut Aidilfitri, malah turut membawa mesej perpaduan dan hormat-menghormati dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.

Timbalan Pengerusi II program, Mazraihan Hilmi yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) menekankan bahawa program seperti itu mampu membina jati diri murid dalam usaha memupuk semangat perbezaan kaum di sekolah ini.

“Anak-anak murid kita perlu didedahkan kepada erti kemuliaan Syawal, bukan sekadar sambutan tetapi juga penghayatan terhadap nilai kemaafan dan keikhlasan

dalam persahabatan, “  jelas beliau.

Setiausaha program, Noor Reihan binti Suleiman, pula menyatakan bahawa sambutan tahun ini lebih istimewa dengan pelbagai pengisian kreatif.

“Kita sediakan aktiviti bersesuaian dengan tahap pelajar seperti mewarna, membina

model 3D Semarak Syawal, persembahan pentas dan penyampaian hadiah. Ia memberi peluang kepada setiap murid menyertai secara aktif dan gembira,” tambahnya.

Antara objektif utama program ini termasuk menghayati bulan-bulan kebesaran Islam dan menanam sifat pemaaf dan pemurah. Selain itu dapat memberi ruang kepada seluruh warga sekolah untuk berkongsi kegembiraan Hari Raya. Akhir sekali sudah pastinya dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan membentuk sikap

saling menerima dalam kalangan murid, guru, kakitangan dan komuniti sekolah.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN