PETALING JAYA: Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) berjaya menjana peluang eksport bernilai RM5.16 juta di World Expo 2025 Osaka dan SusHi Tech Tokyo 2025. Kejayaan itu sekali gus dapat mengukuhkan kerjasama serantau dan menyediakan platform kepada startup Selangor untuk membentang, mempamer dan berinteraksi dengan pelabur serta pemimpin inovasi global. Disokong oleh Kerajaan Negeri Selangor, delegasi tersebut menampilkan lima syarikat pemula unggul iaitu Xtractify, Collaborative Excellence, GoFluence, Neupulse…