Sebab salam tidak cium tangan, penyanyi ‘skinhead’ dipukul

Sebab salam tidak cium tangan, penyanyi kumpulan ‘skinhead’ dipukul

TANGKAP layar rakaman video tular memaparkan sekumpulan lelaki mengheret dan memukul seorang lelaki lain dipercayai di sebuah pusat beli-belah di bandar raya Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang vokalis sebuah kumpulan muzik skinhead dipukul beramai-ramai hanya kerana bersalaman tanpa mencium tangan individu lebih berusia daripadanya.

Semalam, tular dua rakaman video berdurasi satu minit memaparkan sekumpulan lelaki bertindak menahan, mengheret serta memukul seorang individu lelaki lain.

Rakaman video turut menunjukkan salah seorang daripada suspek bertindak menggunakan tong sampah besi untuk memukul mangsa tanpa belas kasihan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa tidak mencium tangan ketika bersalaman dipercayai dengan salah seorang daripada kumpulan lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pihaknya telah membuka siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Pihak polis telah dimaklumkan berhubung kejadian ini semalam dan memulakan siasatan sejurus laporan dibuat.

“Kami turut menggesa mangsa atau mana-mana saksi untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Tambah Raub, siasatan dibuat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN