PETALING JAYA: Nurul Izzah Anwar memaklumkan keputusan bertanding Timbalan Presiden PKR akan mengambil kira pelbagai faktor termasuk keputusan terbaik mengimbangkan antara kesepakatan dan melakukan perubahan serta reformasi bermakna buat semua ahli parti. Kata Naib Presiden PKR itu, beliau menghargai pandangan akar umbi untuk dirinya bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. “Saya akan memberi keputusan terbaik mengimbangkan antara kesepakatan, jalinan dengan persahabatan dan perubahan serta reformasi bermakna buat semua anggota. “Kita beri kata putus bukan untuk mana-mana individu, tetapi demi usaha membina masa depan PKR secara bersama di kala suka dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya