Rumah, lot tanah RM12.5 juta milik Tan Sri antara digeledah, disita SPRM

Rumah, lot tanah RM12.5 juta milik Tan Sri antara digeledah, disita SPRM

Pelbagai jenis minuman beralkohol mewah yang dirampas SPRM semalam di salah sebuah kediaman milik Tan Sri yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang,

Turut dipanggil iaitu isteri kepada Tan Sri berusia 74 tahun itu untuk memberi kenyataan selama kira-kira lapan jam di Ibu Pejabat SPRM,Putrajaya.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, bagaimanapun Tan Sri berkenaan tidak hadir bagi proses merakam keterangan kerana kini sedang dirawat di hospital.

Kata sumber itu, SPRM turut mengeledah dan menyita enam lagi rumah disyaki milik Tan Sri tersebut.

“Turut disita iaitu sebidang tanah lot yang dianggarkan bernilai RM12 juta selain salah satu dari rumah yang digeledah bernilai RM8 juta.

“Selain itu, SPRM juga disyaki mengesan terdapat empat ekor kuda mewah bernilai ratusan ribu ringgit dipercayai milik ahli keluarga Tan Sri tersebut yang di beli menggunakan dana sukuk terbabit,”katanya di sini hari ini.

                       Antara barang yang disita.

Tambah sumber itu, SPM akan memanggil 30 sehingga 50 saksi bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan itu.

“Usaha mengesan aset serta harta milik Tan Sri giat dilalukan SPRM,” jelasnya.

Terdahulu, pelbagai aset bernilai kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya dibuat semalam.

Sitaan itu melibatkan tas tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai selain kediaman mewah.

Ia susulan penggeledahan oleh Bahagian Siasatan SPRM di dua kediaman milik individu berkenaan yang terletak di ibu negara hari ini.

Antara yang disita iaitu 217 unit jam tangan mewah pelbagai jenama yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM5 juta diikuti tas tangan (27 unit dengan nilai lebih RM1 juta) dan barang kemas lebih RM4 juta).

Menerusi penggeledahan itu juga, sembilan unit kenderaan mewah seperti Bentley, Mercedes-Benz dan Range Rover bernilai hampir RM7 juta disita.

Selain penemuan sebuah stor simpanan pelbagai jenis minuman berakohol mewah di salah sebuah kediaman yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta

Kesemua barang dan aset disita bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN