KUALA TERENGGANU: Sebuah restoran di Taman Puncak Panorama, Bukit Pak Apil, di sini yang berada dalam keadaan terbiar sejak 2017 bakal menjadi tarikan pelancong selepas dibaik pulih pada Julai ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, kerja-kerja membaik pulih restoran itu yang merupakan lokasi pelancongan bernilai tinggi menelan belanja kira-kira RM500,000 memandangkan beberapa bahagian premis tersebut mengalami kerosakan. Katanya, kerja-kerja membaik pulih dan mengubah suai bangunan restoran itu dijangka mengambil masa enam bulan sebelum kembali beroperasi awal tahun depan. Menurut beliau, setakat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya