Remaja 19 tahun ditahan curi rim motosikal penghantar makanan

Remaja 19 tahun ditahan curi rim motosikal penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tindakan seorang remaja mencuri rim dan tayar hadapan motosikal jenis Yamaha LC 135 ketika awal pagi tidak berhasil apabila dia ditahan di sebuah rumah di Taman Kosas, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, suspek berusia 19 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.24 pagi hasil siasatan terhadap laporan mangsa, seorang penghantar makanan, yang menyedari kehilangan tersebut pada 25 April lalu.

“Kerugian dianggarkan RM250. Siasatan lanjut membawa kepada penemuan semula rim yang dicuri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Azam berkata, siasatan mendapati suspek bertindak mencuri untuk kegunaan sendiri dan memilih waktu awal pagi bagi mengelak dikesan.

Ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya