Rasuah seludup barang berbahaya KLIA: 24 individu dirakam percakapan

Rasuah seludup barang berbahaya KLIA: 24 individu dirakam percakapan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 24 individu telah dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan isu menyeludup barang berbahaya menerusi kargo di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disyaki mempunyai unsur rasuah.

Menurut sumber, kesemua mereka yang dipanggil itu melibatkan pekerja-pekerja daripada tiga buah syarikat selain pegawai serta kakitangan daripada tiga agensi penguatkuasaan di KLIA.

“Siasatan dijalankan berikutan kegiatan membawa masuk barang berbahaya berkenaan yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP), meletakkan kawasan KLIA terdedah kepada isu ancaman keselamatan.

“Berdasarkan siasatan awal, barangan berbahaya iaitu bahan kimia ini dibawa masuk dengan diikrarkan sebagai produk aksesori atau isi rumah,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Idris Zaharudin ketika dihubungi berkata, SPRM kini  sedang mengenal pasti isu kelemahan tata kelola yang menyebabkan barangan berbahaya berkenaan mudah dibawa masuk.

Katanya, satu kertas siasatan tata kelola turut dibuka oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) bagi melihat aspek kelemahan tata kelola, pentadbiran pengurusan dan penguatkuasaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN