'Ramai lagi yang lebih layak, kenapa Bella Astillah?'

‘Ramai lagi yang lebih layak, kenapa Bella Astillah?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menjadi penerima Anugerah Ikon Ibu Muda 2025, kelayakan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendapat pengiktirafan tersebut menimbulkan pertikaian dalam kalangan warganet.

Menerusi beberapa hantaran di aplikasi Threads, ada sesetengah netizen menganggap ramai lagi wanita yang lebih layak untuk menerima anugerah tersebut berbanding Bella kerana pengorbanan mereka yang lebih telus.

“Bagaimana seorang selebriti muda yang hidupnya selesa, penuh keistimewaan dan ‘mempermainka’n orang ramai untuk menjadi isteri Yang berhormat (YB) boleh diangkat sebagai Ikon Ibu Muda 2025?

“Ramai lagi ibu di luar sana yang bangun awal pagi dalam diam, seorang diri menanggung beban hidup, bersusah payah, didera dan berdepan sistem kebajikan yang tidak berfungsi. Tidak diberi tepukan, tidak diiktiraf. Cuma berjuang dalam diam.

“Ini bukan sebab iri hati, ini soal maruah. Bila pejuang sebenar diketepikan demi hidup glamor yang direka-reka, kita bukan tengah raikan erti keibuan kita sedang perlekehkannya,” kata seorang netizen.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa kelayakan Bella menerima anugerah tersebut kerana dirinya seorang selebriti.

“Ramai lagi yang lebih layak, tapi mungkin sebab dia terkenal,” kata seorang lagi pengguna media sosial.

Bagaimanapun, ada juga sesetengah warganet yang membela ibu kepada dua cahaya mata itu selepas melihat kesungguhannya berbakti kepada masyarakat.

“31 tidak muda? Saya tidak selalu ikuti perkembangan dia, kalau lalu di media sosial saya tengok. Saya tahu sumbangan dia bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga kepada masyarakat khususnya kepada rakyat Sabah.

“Jika anda boleh dapat kontrak RM1 juta, anda akan mengambilnya untuk kebaikan anda sendiri, atau anda memberi kembali kepada masyarakat? Dan, tidak dinafikan ramai ibu muda yang lain juga wajar dapat anugerah tersebut.

“Tapi persoalannya sekarang, lepas apa yang dia sudah lakukan dan buat tanpa henti, kenapa rasa dia tidak layak?,” bela seorang netizen.

Sebelum ini, Bella mengakui dia berbesar hati untuk menerima anugerah tersebut meskipun yakin ada lagi para ibu yang lebih layak untuk mendapat pengiktirafan itu.

Terdahulu, Bella telah menerima Anugerah Ikon Ibu Muda sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), kelmarin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN