KOTA BHARU: “Ini bukan kes tiada lesen motor. Negara rugi berbilion ringgit kerana orang seperti kamu. Rakyat bayar cukai, kamu seleweng.” Demikian kata Hakim Zulkifli Abdullah sebelum menjatuhkan hukuman denda RM10,000 masing-masing ke atas seorang pemandu lori dan seorang penganggur selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyimpan lebih 1,600 liter diesel tanpa kebenaran, dua tahun lalu. Zulkifli berkata, kesalahan berkenaan amat serius kerana menyebabkan kerugian…









