Rafizi mengundi pada jam terakhir, diiringi laungan 'reformasi'

Rafizi mengundi pada jam terakhir, diiringi laungan ‘reformasi’

RAFIZI Ramli (tengah) diiringi penyokongnya mengundi pada Pemilihan PKR di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parti itu dengan mengundi dalam Pemilihan PKR hari ini namun hanya ketika tempoh mengundi berbaki satu jam.

Ahli Parlimen Pandan itu tiba pada pukul 4 petang sambil diiringi laungan ‘reformasi’ oleh puluhan pengikutnya yang turut mengundi.

Menurutnya, tiada perkara yang perlu dikejarkan kerana proses mengundi hanya mengambil masa lima minit.

“Pemilihan berjalan macam biasa, cuma berbeza kerana PKR sekarang sudah jadi kerajaan. Jadi, suhu kempen pemilihan PKR memang panas sebab tradisi PKR berkempen secara terbuka.

“Selepas solat Jumaat tadi, saya makan dahulu sebelum ke sini untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli parti,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Beliau juga memberitahu akan hadir pada Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR malam ini serta program-program lain, esok.

Pemilihan pada Kongres Nasional PKR kali ini menyaksikan saingan sengit antara Rafizi dan Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan Timbalan Presiden.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN