Pulau Pinang sedia pertimbang larangan penjualan vape 

Pulau Pinang sedia pertimbang larangan penjualan vape 

DANIEL Gooi ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kerajaan Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan larangan penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ini sekiranya penguatkuasaan Akta 852 tidak menunjukkan kesan positif terhadap pengawalan produk tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi berkata, langkah itu merupakan antara komitmen kerajaan negeri dalam menjamin kesihatan awam, khususnya melibatkan golongan muda.

”Sekiranya selepas penguatkuasaan Akta 852 dalam mengawal selia rokok elektronik atau vape ini tidak membawa kesan yang positif maka kerajaan negeri sedia mempertimbangkan pelaksanaan larangan penjualan rokok elektronik atau vape.

“Ini penting demi menjamin kesihatan warga Pulau Pinang, khususnya anak-anak muda kita,” katanya ketika sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, hari ini.

Akta 852 merupakan satu mekanisme untuk mengawal selia bekalan, penjualan dan pendaftaran produk merokok termasuk vape, khususnya larangan penjualan peranti ini kepada golongan bawah umur, dan telah dikuatkuasakan secara berfasa bermula 1 Oktober tahun lalu.

Menurut Daniel, kerajaan negeri memandang serius isu penggunaan vape terutama dalam kalangan orang belum dewasa (OBD) dan mengambil pendirian tegas menyokong larangan penggunaannya.

”Kerajaan negeri juga telah mengambil pendirian untuk tidak menggalakkan penjualan produk merokok, terutamanya rokok elektronik dan vape, selaras dengan usaha melindungi kesihatan awam,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan meneliti mekanisme penguatkuasaan di bawah akta tersebut dan merangka strategi bagi mengurangkan penggunaan vape di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN