PU Riz tegur pempengaruh, hal rumah tangga tidak semua perlu dihebohkan - Utusan Malaysia

PU Riz tegur pempengaruh, hal rumah tangga tidak semua perlu dihebohkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah dan pelakon, Haris Ismail atau PU Riz menasihati individu berpengaruh di media sosial untuk berhati-hati dengan hantaran dimuat naik.

Ujar Haris atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 30, tidak semua perkara perlu dikongsikan di media sosial termasuklah hal berkaitan rumah tangga.

“Kepada yang punyai sedikit pengaruh di media sosial , yang tak tutup aurat, yang jenis nak cerita semua kebaikan.

“Yang menunjukkan hal rumah tangga

baik mahupun buruk, ada baiknnya tutup sahaja,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Malah, bekas peserta program realiti Pencetus Ummah musim keempat  itu juga memetik hadis Rasulullah yang meminta umatnya agar tidak melakukan dosa secara terbuka.

“Apabila kita lihat dari sudut pendalilan apa sahaja yang dibuat secara terbuka, lebih dimarah Tuhan berbanding yang tutup.

“Kata Nabi, ‘Seluruh umatku akan diampuni, kecuali orang-orang yang terang-terangan melakukan dosa (secara terbuka)’.

“Tutup, semoga Allah ampunkan kita semua Amin,” tulisnya.

Terdahulu, beberapa individu berpengaruh media sosial mencuri perhatian apabila membuat kenyataan dan tindakan yang memgundang kontroversi termasuklah melafazkan cerai semasa sesi siaran langsung baru-baru ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN