Projek naik taraf sistem 33kV, 11kV di Sabah siap sepenuhnya

Projek naik taraf sistem 33kV, 11kV di Sabah siap sepenuhnya

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek Pembahagian bagi mengukuhkan sistem 33 kilovolt (kV) dan 11 kV di Kota Kinabalu, Sabah telah berjaya disiapkan sepenuhnya dengan pelaksanaan fasa keempat yang melibatkan Stesen Suis Utama (SSU) Penampang mula beroperasi semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia merupakan projek kedua di bawah seliaan Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) yang berjaya disiapkan pada tahun ini dengan kos keseluruhan sebanyak RM22.4 juta.

Katanya, objektif utama projek tersebut adalah untuk menyeimbangkan beban di stesen elektrik utama di Kota Kinabalu iaitu Pencawang Masuk Utama (PMU) Penampang, PMU Kepayan dan Pencawang Pembahagi Utama (PPU) KKIA yang menanggung beban tinggi.

“Tempoh gangguan juga akan dikurangkan dan memastikan proses membaikpulih bekalan elektrik sekitar bandar Kota Kinabalu menjadi lebih cepat dan teratur,” katanya menerusi hantaran di Facebook. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN