Profesion tukang gunting jadi pilihan anak muda

Profesion tukang gunting jadi pilihan anak muda

MUHAMMAD Musyrif Amni Mohd. Nizam sedang memotong rambut pelanggan di kedainya di Kangar, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Ramai anak muda berpendidikan tinggi di negara ini yang mempunyai kepakaran serta kemahiran dalam pengurusan, pemasaran dan komunikasi memilih bidang gunting rambut atau barber sebagai profesion yang menjamin pendapatan tetap serta lumayan.

Anak muda yang memilih bidang itu, Muhammad Musyrif Amni Mohd. Nizam, 21, berkata, pada masa ini, ramai anak muda termasuk lepasan universiti menunjukkan minat dalam profesion tersebut berbanding dahulu yang lebih tertumpu kepada bidang kedoktoran, kejuruteraan dan pendidikan.

Pemegang diploma perakaunan dari Kolej Poly-Tech Mara itu berkata, anak muda berpendidikan tinggi yang menceburi bidang itu kebanyakannya mempunyai kelebihan tersendiri kerana bukan sahaja cepat belajar tetapi juga mahir dalam teknik guntingan, malah turut bijak dalam aspek pengurusan, pemasaran dan komunikasi.

“Dengan pengetahuan dalam bidang perniagaan, mereka boleh menguruskan kedai gun­ting rambut ini dengan lebih sistematik menggunakan teknologi digital serta menjalankan kempen promosi secara lebih kreatif di media sosial bagi menarik pelanggan.

“Ramai antara mereka yang berjaya menjenamakan perkhid­matan dengan cara tersendiri dengan ada yang tampil dengan konsep kedai gunting moden, bertema klasik, sehinggalah kepada perkhidmatan gunting rambut bergerak.

“Kesemua ini menunjukkan bahawa pendidikan tinggi bukan menjadi masalah bagi menceburi bidang tersebut dan ia juga sentiasa relevan di mana orang ramai tetap memerlukan perkhidmatan penjagaan diri seperti potong rambut ini,” katanya.

Muhammad Musyrif yang kini menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkata, ramai barber muda kini menjadi usahawan berjaya dengan membuka lebih daripada satu cawangan, sekali gus membantu merangsang ekonomi tempatan dan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Katanya, taraf pendidikan yang ada akan membantu mereka menguruskan perniagaan dengan baik serta mempraktikkan pengurusan kewangan lebih berkesan bagi memastikan perniagaan mereka dapat bertahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya