Polis tahan lelaki curi pakaian dalam - Utusan Malaysia

Polis tahan lelaki curi pakaian dalam

RAKAMAN CCTV seorang lelaki mencuri pakaian dalam di hadapan sebuah rumah di Menglembu, Ipoh semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menahan seorang lelaki berusia 48 tahun selepas disyaki mencuri pakaian dalam wanita yang disidai di ampaian sebuah rumah di kawasan Menglembu, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tangkapan yang dilakukan pada pukul 11 pagi itu dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada seorang wanita berhubung kejadian itu semalam.

Katanya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik pengadu berusia 45 tahun itu, suspek yang menunggang motosikal dilihat telah mengambil beberapa helai pakaian dalam yang disidai berhampiran pagar.

“Semakan mendapati lelaki warga tempatan itu tidak memiliki rekod jenayah lampau. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk permohonan reman esok.

“Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal berhenti di hadapan sebuah rumah sebelum bertindak mengambil beberapa helai pakaian dalam yang disidai di ampaian di hadapan pagar rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN