PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan bagi menyiasat punca kematian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taska di Taman Danau Kota dekat sini, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa pada pukul 1.26 tengah hari di Balai Polis Setapak pada hari kejadian.
Katanya, siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku antara pukul 9 hingga 11 pagi, Isnin lalu.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Kontinjen Kuala Lumpur.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN