Polis siasat dakwaan Pamela dilarikan individu beruniform polis

Polis siasat dakwaan Pamela dilarikan individu beruniform polis

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh termasuk dakwaan mangsa dilarikan oleh polis atau individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya maklum mengenai dakwaan yang mengatakan Pamela dilarikan oleh individu yang memakai vest bertulis ‘polis’.

Katanya, siasatan kejadian turut mengambil kira rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

“Pada masa ini semua maklumat dan keterangan daripada saksi-saksi yang dipanggil termasuk kenyataan daripada pemandu e-hailing yang membawa Pamela sedang dikumpulkan.

“Kita (PDRM) juga masih menyiasat informasi yang menyatakan mangsa dilarikan oleh individu berpakaian seragam atau vest polis.

“Pihak polis masih meneliti sama ada dia dilarikan oleh polis sebenar atau individu yang menyamar sebagai polis,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Razarudin berkata, pihaknya belum dapat mendedahkan secara terperinci berhubung siasatan kes kerana dikhuatiri menjejaskan perancangan dan tindakan susulan.

“Pada masa ini, saya telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk membantu Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam siasatan kes berkenaan, sekali gus menjejaki keberadaan Pamela.

“Pihak Bukit Aman dan Kontinjen Kuala Lumpur sedang meneliti segala fakta dan petunjuk yang ada dalam mengesan mangsa,” katanya.

Razarudin enggan mengulas sama ada penculikan Pamela dirancang pihak tertentu disebabkan aset dan harta yang dimiliki mangsa, namun tidak menolak kemungkinan ia dilakukan bagi mewujudkan kesalahan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM.

Sementara itu, sumber memberitahu, Pamela dipercayai dilarikan individu apabila kenderaan e-hailing dinaikinya dikatakan dihalang tiga kereta ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 9 April lalu.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa berusia 42 tahun itu sedang menuju ke Ibu Pejabat SPRM bagi dirakam percakapan berkaitan kes penggubahan wang haram.

Menurutnya, ketika kenderaan dinaiki hampir tiba di Ibu Pejabat SPRM berhampiran Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), tiba-tiba tiga buah kereta terus menghalang.

“Kemudian keluar seorang lelaki bersama seorang wanita dipercayai menyamar sebagai pihak berkuasa.

“Wanita (suspek) kemudian terus menghampiri kereta e-hailing dan membawa keluar mangsa sebelum dibawa masuk ke dalam salah satu kereta terbabit dan beredar,” dedahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya