Pokok tumbang hempap Toyota Yaris di Bandar Utama - Bomba

Pokok tumbang hempap Toyota Yaris di Bandar Utama – Bomba

DEDAHAN pokok yang tumbang menimpa sebuah kereta Toyoto Yaris di Bandar Utama, hari ini. - IHSAN BOMBA SELANGOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah kereta Toyota Yaris rosak akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian berhampiran Persiaran Bandar Utama BU 8, di sini petang tadi.

Kejadian pukul 4 petang itu tidak melibat kecederaan atau kehilangan nyawa.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.00 petang sebelum sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dihantar ke lokasi.

“Pasukan tiba di lokasi pada pukul 4.06 petang dan mendapati sebatang pokok tumbang telah menghempap sebuah kereta jenis Toyota Yaris.

“Kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa,” katanya.

Jelas kenyataan itu, anggota bomba bertindak membersihkan pokok tumbang tersebut dan operasi dikawal sepenuhnya pada pukul 4.13 petang.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.37 petang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya