Platform timbang tara antarabangsa diwujudkan di Forest City

Platform timbang tara antarabangsa diwujudkan di Forest City

KEVIN Li (kanan) dan Steve Ngo pada majlis menandatangani MoU untuk menubuhkan platform mediasi dan timbang tara antarabangsa di SFZ Forest City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Country Garden Pacificview Sdn. Bhd. (CGPV) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Pusat Timbang Tara Antarabangsa Beihai Asia (BAIAC) bagi menubuhkan platform mediasi dan timbang tara antarabangsa di Forest City, di sini.

Ketua Pegawai Kewangan CGPV, Kevin Li Geng berkata, platform tersebut berada dalam Zon Kewangan Khas Forest City (SFZ Forest City) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)

Menurutnya, platform itu akan menjadikan Forest City sebagai zon ekonomi merangkumi sektor kewangan, perdagangan, pendidikan, pelancongan dan komersial.

“Penyediaan platform penyelesaian pertikaian yang boleh diakses dan diyakini ini akan memberi manfaat besar kepada komuniti serta pelabur.

“Kami yakin kerjasama ini akan menjadikan Forest City destinasi utama pelaburan dan perniagaan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Sementara itu, Presiden BAIAC, Prof. Steve Ngo memberitahu, MoU itu bakal memperkukuh infrastruktur penyelesaian pertikaian komersial di Asia Tenggara khususnya antara Singapura dan Johor.

“Ini merupakan langkah penting ke arah memperkasa penyelesaian pertikaian rentas sempadan yang cekap dan berkecuali. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan CGPV bagi merealisasikan visi ini,” jelasnya dalam kenyataan sama.

BAIAC yang beribu pejabat di Singapura merupakan pusat timbang tara serantau yang memberi tumpuan kepada penyelesaian pertikaian bagi negara-negara Asia termasuk China dan ASEAN.

Menerusi kerjasama tersebut, BAIAC akan menyumbang kepakaran dalam penubuhan platform, menawarkan kadar yuran rendah untuk kes-kes di SFZ Forest City selain mempromosi platform tersebut melalui rangkaiannya.

Manakala CGPV pula akan menyediakan sokongan logistik termasuk kemudahan, penginapan dan promosi di Forest City dan kawasan sekitarnya.

Antara program dirancang termasuk penganjuran persidangan, bengkel dan seminar bagi memperkukuh amalan penyelesaian pertikaian antarabangsa di rantau ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya