Persatuan Ibu dan Guru (PIBG) merupakan sebuah organisasi yang fungsinya amat penting kepada pembangunan sekolah.
Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh PIBG telah berjaya menangani pelbagai kemelut di sekolah dan membantu sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik seterusnya mewujudkan kemenjadian murid .
Oleh hal yang demikian, PIBG SMKTJ 2 telah membantu sekolah mencari dana dalam pelbagai bentuk termasuk daripada sumbangan rakan strategik sekolah.
Dengan dana tersebut, sekolah berupaya melaksanakan dan menjayakan sesebuah program demi kecemerlangan murid-murid di SMK Taman Jasmin 2.
SMK Taman Jasmin 2 juga masih lagi memerlukan prasarana yang lengkap demi keselesaan murid-muridnya.
Selain terdiri daripada kepelbagaian etnik, yang pastinya akan mewujudkan latar belakang yang berbeza setiap murid sudah tentu akan menyumbang kepada perbezaan status murid.
Oleh hal yang demikian, murid yang tidak berkemampuan tidak dipinggirkan. PIBG bersama-sama pihak sekolah berusaha semampu yang boleh untuk membantu murid-murid yang tidak berkemampuan agar murid -murid tersebut dapat menjalani proses pembelajaran dengan lebih baik dan selesa.
Dengan harapan, penghargaan itu boleh menjadi satu tinta emas yang sangat berharga kepada murid-murid.
Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh ibu bapa untuk kemudahan anak-anak menguruskan pembelajaran.
kemudahan tersebut, sebilangan murid telah mengambil kesempatan dengan menjadi hero jalanan atau disebut juga ‘Mat Rempit’.
Misalnya aktiviti gotong-royong membersih kawasan sekolah, melibatkan penduduk, ibu bapa, murid-murid dan dibantu oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Jawankuasa Surau Taman Jasmin, Persatuan Penduduk Taman Jasmin 2 (MPKJ), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Jawankuasa Surau Taman Jasmin, Persatuan Penduduk Taman Jasmin dan Kelab Rukun Tetangga (KRT).
Secara keseluruhannya, peranan PIBG dan komuniti setempat perlu secara aktif agar dapat mewujudkan permuafakatan dan kerjasama yang baik demi membangunkan kecemerlangan pendidikan di sekolah.
Norazlin Azemi
Yang Dipertua Pibg
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2.