KUALA KRAI: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan mencuri pasir di kawasan sungai berhampiran Kampung Pahi, di sini semalam.
Dalam serbuan pukul 4.15 petang itu, enam lelaki termasuk tiga warganegara Bangladesh ditahan bagi membantu siasatan.
Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semasa ditahan kesemua lelaki itu gagal gagal menunjukkan permit atau dokumen pemindahan pasir secara sah.
“Selain menahan kesemua individu itu, kita turut merampas semua peralatan dan mesin jentera seperti rumah penyedut pasir, jengkaut, lori dan peralatan lain yang digunakan untuk memindahkan pasir.
“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM 2 juta dan kes disiasat di mengikut Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965,” katanya ketika dihubungi pemberita di ini hari ini.
Nik Ros Azhan memberitahu, serbuan menerusi Op Taring Wawasan itu mendapat kerjasama dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kota Bharu.
Katanya, suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.-UTUSAN