Pesawah Tebuk Rimba rungsing, padi reput tidak dituai

Pesawah Tebuk Rimba rungsing, padi reput tidak dituai

PESAWAH menunjukkan padi mereka yang hampir reput akibat tidak dituai di Selinsing, Bagan Serai, Perak. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Pesawah di Kampung Tebuk Rimba, Selinsing di sini kecewa apabila padi mereka yang sudah masak tidak dituai oleh pihak yang menjalankan kerja memotong padi di kawasan tersebut.

Masalah itu melibatkan kawasan seluas 8.31 hektar dan pesawah mendakwa, padi dalam keadaan sudah hampir reput kerana terlalu masak.

Pesawah terlibat, Nur Ha­yati Hamzah, 57, berkata, sebelum ini pihak yang bertanggungjawab memotong padi akan mengikut giliran petak demi petak tetapi kini dikatakan melompat petak.

“Selepas hari raya, padi di petak sawah saya langsung tidak diambil. Pihak ber­kenaan berjanji untuk memotong padi di petak saya tapi sampai sekarang tiada apa-apa. Selain itu mereka memberi alasan mesin jentuai rosak atau terbenam dalam tanah lembut.

“Saya tidak tahu apa harus dilakukan sekarang dan keada­an semakin teruk kerana padi sudah hampir reput kerana terlalu lama tidak dipotong,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi pesawah, Saraiah Ramli, 60, juga kecewa apabila sawah seluas 1.43 hektar yang disewanya dengan bayaran RM1,200 semusim masih tidak dituai.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selinsing, Sallehuddin Abdullah berkata, masalah tanah jerlus dan struktur tanah yang terlalu lembut menjadi punca me­sin menuai padi tidak dapat memasuki kawasan sawah.

Ini sekali gus menafikan dakwaan kononnya broker jentuai di kawasan itu tidak memberikan kerjasama.

Katanya, lawatan ke kawasan terlibat bersama Agensi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Da­erah Kerian bagi mendapatkan maklumat lanjut telah dilakukan.

“IADA telah menghantar mesin saiz kecil, namun ia juga mengalami masalah apabila terbenam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya