Pesara rugi RM82,600 diperdaya buka kedai di TikTok 

Pesara rugi RM82,600 diperdaya buka kedai di TikTok 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Hasrat seorang pesara membuka kedai melalui aplikasi ‘TikTok Shop’ tidak kesampaian selepas ditipu sehingga terpaksa menanggung  kerugian RM82,600.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 67 tahun tampil membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Besut semalam selepas menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan. 

“Modus operandi suspek adalah dengan memperdaya mangsa melalui aplikasi laman sosial Facebook dan mangsa yang berminat membuka TikTok Shop dimintamenghantar salinan Mykad dan sekeping gambar secara swafoto untuk pendaftaran akaun.

“Setelah TikTok Shop mangsa diwujudkan, dia dikehendaki memasukkan modal permulaan kedai online tersebut. Ekoran itu, mangsa  memasukkan modal permulaan pemindahan wang secara dalam talian,” katanya di sini hari ini. 

Katanya, pada peringkat awal mangsa diperdaya dengan diberi sedikit pulangan keuntungan, ekoran daripada itu mangsa yang yakin dengan perniagaan tersebut meneruskan kemasukan modal dengan melakukan 14 transaksi wang kepada tujuh akaun bank berbeza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya