JOHOR BAHRU: Semua persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disaran bergabung bagi memastikan kebajikan ahlinya lebih terjaga. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini terdapat 122 persatuan berkaitan dengan majoriti daripadanya tidak aktif. “Kita tengok sekarang ini terlalu banyak persatuan, apabila bersara sahaja tubuh persatuan. Ada yang tidak aktif, hanya pada nama, ada jumlah ahli yang terlalu kecil dan tidak pernah mengadakan mesyuarat agung. “Jadi, kita mahu…