Perak mahu golongan belia miliki rumah - Utusan Malaysia

Perak mahu golongan belia miliki rumah

SAARANI Mohamad (tengah) bersama pembeli rumah Program Rumah Perakku.di Batu Gajah hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pelbagai projek perumahan mampu milik yang dilaksanakan di negeri membolehkan golongan muda memiliki rumah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sehingga tahun 2024, lebih 8,800 unit rumah mampu milik telah berjaya disiapkan di seluruh Perak melalui pelaksanaan Program Rumah Perakku.

Katanya, pada tahun ini sahaja lebih 4,400 unit lagi dijangka siap menjelang akhir tahun.

“Sebahagian besar daripada mereka (belia) memilih untuk menyewa atau terus tinggal bersama keluarga kerana pendapatan semasa masih tidak memungkinkan mereka memiliki rumah sendiri, terutamanya di kawasan bandar,” katanya semasa majlis pelancaran projek perumahan Taman Tasik Ardea di Mukim Sungai Terap, Batu Gajah dekat sini hari ini.

Saarani berkata, kadar pemilikan rumah dalam kalangan belia berumur antara 25 hingga 34 tahun seperti mana dilaporkan oleh Bank Negara pada tahu lalu dianggarkan sekitar 35 peratus sahaja.

“Pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri seperti pengecualian deposit dan diskaun melalui projek Rumah Perakku amat penting dalam merapatkan jurang keupayaan dan peluang pemilikan rumah,” katanya.

Dalam majlis sama, beliau melancarkan projek perumahan yang merupakan antara usaha kerajaan negeri melalui Majuperak Holdings Berhad iaitu anak syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).

Saarani berkata, projek perumahan Taman Tasik Ardea itu menawarkan 601 unit rumah merangkumi Rumah Perakku I, II dan III serta unit terbuka dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM141 juta dengan harga serendah RM90,000.

Katanya, projek itu selaras dengan Dasar Perumahan Negeri Perak yang menetapkan sekurang-kurangnya 50 peratus unit dalam pembangunan baharu berskala besar disediakan sebagai rumah kos rendah, sederhana dan mampu milik. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya