GEORGE TOWN: Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Lintang Bukit Jambul di sini, awal pagi tadi.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi tadi dan suspek dikatakan sedang memandu kereta BMW seorang diri dalam keadaan mencurigakan.
Difahamkan, suspek yang juga seorang lelaki warga tempatan itu disyaki terlibat dalam beberapa kes jenayah samun kedai dobi dan jenayah keganasan lain di sekitar Pulau Pinang.
Sementara itu, kenyataan akhbar dijangka dikeluarkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berhubung kejadian tersebut dalam masa terdekat. – UTUSAN