Penjara bukan penghalang untuk terus berjaya

Penjara bukan penghalang untuk terus berjaya

Shankar (kiri), Siva (tengah), Suresh (kanan) pada Majlis Konvokesyen Ke-29 Open University Malaysia (OUM) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perjalanan pendidikan tiga banduan Penjara Kajang menjadi bukti kukuh bahawa kejayaan mampu menembusi tirai besi apabila mereka menerima masing-masing dua Diploma Pengurusan dan seorang Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian.

Menurut seorang banduan, Siva (bukan nama sebenar), 36, dorongan keluarga menjadi pembakar semangat untuknya meneruskan pengajian walaupun berada di sebalik tirai besi.

“Keluarga saya semua berpendidikan tinggi. Ibu bapa saya mempunyai ijazah Sarjana, manakala adik saya mempunyai ijazah Sarjana Muda.

“Saya juga pernah mengambil diploma semasa di luar tetapi tidak sempat menamatkannya,” katanya ditemui pada Majlis Konvokesyen Ke-29 Open University Malaysia (OUM) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Seramai 7,915 graduan menerima skrol masing-masing dalam majlis konvokesyen itu yang berlangsung dalam 10 sesi dari 3 hingga 7 Mei ini.

Tambah Siva, dia sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat Sarjana,  merancang untuk menamatkan pengajian pada tahun depan dan berhasrat menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

“Saya berharap dengan kelayakan akademik ini, saya dapat memperoleh pekerjaan yang lebih baik apabila dibebaskan nanti.

“Mungkin selepas bebas, saya akan mula mencari kerja yang sesuai dan saya juga merancang untuk membuka perniagaan sendiri apabila sudah stabil,” katanya.

Seorang lagi banduan, Shankar, 34, tempoh pembelajaran di dalam penjara satu perjuangan untuk mengubah mentaliti orang ramai tentang peluang kedua sebagai banduan.

“Kami menganggap peluang belajar ini sebagai peluang kedua bagi kami untuk berjaya dalam hidup walaupun di dalam penjara.

“Kami ambil peluang kedua ini dengan harapan kami dapat mengubah hidup kami selepas kami bebas nanti,” katanya.

Menurut Shankar, dia yang kini melanjutkan pelajaran pada peringkat Sarjana Muda berhasrat memulakan perniagaan sendiri selepas keluar dari penjara.

“Saya akan menghabiskan tempoh pembelajaran Sarjana Muda saya di luar nanti kerana saya cuma ada baki  lapan bulan masa tahanan sebelum saya dibebaskan.

“Selepas itu, saya berfikir untuk memulakan perniagaan sendiri kerana sebelum ini saya memang mempunyai perniagaan menyewa khemah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya