Penghantar makanan maut langgar lembu melintas 

Penghantar makanan maut langgar lembu melintas 

KEADAAN motosikal ditunggang Arshad Khamis yang terlanggar seekor lembu melintas di Kilometer 5, Jalan Lok Heng-Mawai, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang penghantar makanan maut akibat terlanggar seekor lembu yang  melintas jalan di Kilometer 5, Jalan Lok Heng-Mawai, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, dalam kejadian pukul 1 pagi itu, mangsa, Arshad Khamis, 49, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

“Kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal Honda RS150 dipercayai dalam perjalanan dari arah Bandar Penawar menuju ke Felda Lok Heng.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, mangsa tidak sempat mengelak seekor lembu yang sedang melintas dan terlanggarnya. Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN