Pengarah AADK Negeri Sembilan langgar SOP operasi serbuan

Pengarah AADK Negeri Sembilan langgar SOP operasi serbuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan didapati gagal memberi arahan tepat kepada pegawai berhubung satu operasi serbuan membabitkan kelab malam.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dalam kenyataan memaklumkan, selain itu pengarah tersebut telah ingkar perintah kerana tidak mendapatkan kebenaran dan kelulusan khas Pengarah Penguatkuasaan seperti dinyatakan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Operasi Penguatkuasaan membabitkan tempat hiburan.

Katanya, EAIC menerima aduan terhadap Pengarah Negeri AADK Negeri Sembilan yang dikatakan mengeluarkan arahan menjalankan operasi serbuan ke atas sebuah kelab malam pada waktu siang sedangkan aduan diterima daripada pengadu berkaitan aktiviti jenayah yang berlaku pada malam. 

“Operasi serbuan ke atas kelab malam tersebut juga dikatakan dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran dan kelulusan khas Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan Ibu Pejabat AADK.

“Siasatan mendapati Pengarah Negeri telah gagal memberi arahan yang tepat kepada pegawai AADK serta telah ingkar Perintah kerana tidak mendapatkan kebenaran dan kelulusan khas Pengarah Penguatkuasaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Operasi Penguatkuasaan: Operasi Tempat Hiburan,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk syor hukuman Pengarah Negeri AADK Negeri Sembilan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib AADK. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN