CAMERON HIGHLANDS: Pencerobohan atau pembukaan tanah di Cameron Highlands masih berlaku dipercayai menerusi ‘cara lain.’ Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), A. Dilip Martin berkata, sepatutnya pembukaan tanah baharu dan pencerobohan tidak lagi berlaku berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) negeri pada tahun 2008. Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) negeri pada tahun 2008 telah membekukan permohonan tanah baharu dan Lesen Pendudukan Sementara di tanah tinggi itu. “Pencerobohan atau pembukaan…










